CLJ Logo CLJ Bulletin, Issue 2014, Vol 16
18 April 2014

Print this page
CASES(S) OF THE WEEK

CIVIL PROCEDURE: Appeal - Record of appeal - Shares margin accounts incurred losses - Receiving order made against appellant - Receiver of appellant's estate appointed - Filing of proof of debt against estate - Whether debt provable debt - Whether record of appeal complete - Bankruptcy Act 1967, s. 40

CIVIL PROCEDURE: Locus standi - Applicant not party to originating summons - Shares margin accounts incurred losses - Receiving order made against appellant - Receiver of appellant's estate appointed - Originating summons filed at High Court - Whether decision of receiver in rejecting proof of debt ought to be reversed - Whether receiver had locus standi to appeal


JOSEPH LEE YOK MIN v. MAYBAN SECURITIES SDN BHD & ANOR
COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
RAUS SHARIF PCA, CLEMENT SKINNER JCA, AZAHAR MOHAMED JCA
[CIVIL APPEAL NO: S-01(IM)-555-12-2012]
27 JANUARY 2014

The appellant was the alter ego of two companies, namely Lapan Jaya Enterprise Sdn Bhd (`Lapan Jaya') and Disporex Sdn Bhd (`Disporex'). Under the appellant's instructions, Lapan Jaya and Disporex opened a shares margin account with the first respondent. The appellant then gave instructions to the first respondent as to what shares to purchase and when there were contra losses, the appellant would make proposals to settle the outstanding. The account incurred a loss and subsequently, neither the appellant, Lapan Jaya and Disporex made payments to the first respondent. The first respondent claimed against the appellant, Lapan Jaya and Disporex and asserted that at all material times, the appellant was solely responsible for the losses sustained by the first respondent under Lapan Jaya and Disporex accounts. Before the trial of the claim, a receiving order (`RO') was made against the appellant resulting in the second respondent being constituted as the receiver of the appellant's estate. The first respondent then filed a proof debt (`POD') against the estate of the appellant, claiming for a total of RM18,756,868.50. The second respondent, as receiver of the appellant's estate had rejected the POD on the grounds that the debt was not a provable debt under s. 40 of the Bankruptcy Act 1967 (`the Act'). The first respondent then took out an originating summons at the High Court, seeking orders that the decision of the second respondent, acting as receiver of the estate of the appellant, in rejecting the plaintiff's POD be reversed; and that the Director General of Insolvency accepts and fully admits the plaintiff's claim as stated in the said POD. The High Court allowed the originating summons. In the present appeal against the said decision, the first respondent argued that the appellant had no locus standi to appeal and that the record of appeal was incomplete.

Held (dismissing appeal with costs)

Per Azahar Mohamed JCA delivering the judgment of the court:

(1) The appellant was never a party to the originating summons. There were no proper applications to intervene into the proceeding whether at the High Court or Court of Appeal. (para 6)

(2) There could be no doubt that the record of appeal was incomplete as it did not contain notes of proceedings, grounds of decision; and the sealed order. The appellant had not shown any proof that he had applied for the said items. Practice Direction No 2 of 1991 stipulated that one week after the notice of appeal was filed, the appellant had to apply to the judge's secretary to be supplied with a copy of the notes of proceeding. The non-compliance with the Practice Direction and r. 18(4)(b), (d) and (e) of the Rules of the Court Appeal 1994, where copy of the judgment was not included in the record of appeal, was not an irregularity but a nullity. (paras 7 & 8)

(3) The debt was in fact incurred by the appellant as he was responsible for the losses incurred by the first respondent under the accounts of Lapan Jaya and Disporex. The debt was one which was present, certain and which the appellant was subject to at the date of the RO. Hence, it was a debt provable in bankruptcy under s. 40(3) of the Act. Furthermore, after the RO was entered, the appellant did not dispute to the POD filed by the first respondent. (para 11)

Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes

Perayu merupakan alter ego bagi dua syarikat, iaitu Lapan Jaya Enterprise Sdn Bhd (`Lapan Jaya') dan Disporex Sdn Bhd (`Disporex'). Atas arahan perayu, Lapan Jaya dan Disporex membuka akaun saham margin dengan responden pertama. Perayu memberikan arahan kepada responden pertama tentang saham-saham yang harus dibeli dan di mana terdapat kerugian kontra, perayu akan membuat cadangan untuk menyelesaikan yang mana yang belum diselesaikan. Akaun mengalami kerugian dan kemudian, perayu, Lapan Jaya mahupun Disporex tidak membuat bayaran kepada responden pertama. Responden pertama menuntut daripada perayu, Lapan Jaya dan Disporex dan menghujahkan bahawa pada setiap masa material, perayu bertanggungan sepenuhnya bagi kerugian yang dialami oleh responden pertama di bawah akaun-akaun Lapan Jaya dan Disporex. Sebelum perbicaraan tuntutan tersebut, satu perintah penerimaan (`PP') dibuat terhadap perayu, mengakibatkan responden kedua dijadikan penerima estet perayu. Responden pertama seterusnya memfailkan bukti keberhutangan (`BK') terhadap estet perayu, dengan menuntut sejumlah RM18,756,868.50. Responden kedua, sebagai penerima estet perayu telah menolak BK atas alasan bahawa hutang tersebut bukanlah hutang yang boleh dibuktikan di bawah s. 40 Akta Kebankrapan 1967 (`Akta'). Responden pertama kemudian memulakan saman pemula di Mahkamah Tinggi, memohon perintah-perintah bahawa keputusan responden kedua, yang bertindak sebagai penerima estet perayu, dalam menolak BK plaintif di atas; dan bahawa Ketua Pengarah Insolvensi menerima dan mengakui sepenuhnya tuntutan plaintif seperti yang dinyatakan dalam BK. Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula. Dalam rayuan terhadap keputusan tersebut, responden pertama menghujahkan bahawa perayu tidak mempunyai locus standi untuk merayu dan bahawa rekod rayuan tidak lengkap.

Diputuskan (menolak rayuan dengan kos)

Oleh Azahar Mohamed HMR menyampaikan penghakiman mahkamah:

(1) Perayu tidak pernah menjadi pihak kepada saman pemula. Tiada permohonan sewajarnya yang dibuat untuk mencelah prosiding tersebut sama ada di Mahkamah Tinggi mahupun Mahkamah Rayuan.

(2) Tiada keraguan bahawa rekod rayuan tidak lengkap kerana ia tidak mengandungi nota prosiding; alasan penghakiman dan perintah yang dimeterai. Perayu tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa ia telah memohon item-item tersebut. Arahan Amalan No 2 1991 menyatakan bahawa seminggu selepas notis rayuan difailkan, perayu hendaklah memohon kepada setiausaha hakim agar diberikan sesalinan nota prosiding. Ketidakpatuhan Arahan Amalan dan k. 18(4)(b), (d) dan (e) Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1954, yang mana salinan penghakiman tidak disertakan dalam rekod rayuan, bukanlah satu salah aturan tetapi satu pembatalan.

(3) Hutang tersebut sememangnya diakibatkan oleh perayu kerana dia bertanggungjawab bagi kerugian terhadap responden pertama di bawah akaun-akaun Lapan Jaya dan Disporex. Hutang tersebut wujud, pasti dan yang mana perayu tertakluk kepada tarikh PP. Dengan itu, ia adalah hutang yang boleh dibuktikan dalam kebankrapan di bawah s. 40(3) Akta. Selanjutnya, selepas PP dimasukkan, perayu tidak menafikan BK yang difailkan oleh responden pertama.

Case(s) referred to:

Capital Insurance Bhd v. Kasim Mohd Ali [2000] 1 CLJ 269 CA (refd)

Chuah Tim Lan v. RHB Bank Bhd & Anor [2008] 6 CLJ 500 CA (refd)

Ng Hee Thoong & Anor v. Public Bank Berhad [1995] 1 CLJ 609 CA (refd)

Legislation referred to:

Bankruptcy Act 1967, s. 40(3)

Courts of Judicature Act 1964, s. 42(1)

Rules of the Court of Appeal 1994, r. 18(4)(b), (d), (e)

Counsel:

For the appellant - Rim Lee; M/s J Ambrose & Partners

For the 1st respondent - Christopher KH Chong; M/s Lind Willie Wong & Chin

For the estate of 2nd respondent - Director General of Insolvency, Kota Kinabalu Branch

[Appeal from High Court of Sabah & Sarawak, Kota Kinabalu; Originating Summons No: 24-17-2005]

Reported by Najib Tamby




TORT: Kecuaian - Kontrak perkhidmatan sekuriti - Transaksi pemindahan wang plaintif dari bank ke lokasi yang ditetapkan - Rompakan bersenjata berlaku semasa pemindahan wang dari bank ke van perisai defendan - Sama ada defendan bertanggungjawab terhadap kehilangan wang plaintif - Sama ada prinsip res ipsa loquitur terpakai - Sama ada defendan merupakan baili kepada plaintif - Sama ada plaintif berjaya membuktikan bahawa defendan gagal mengambil langkah-langkah berpatutan untuk melindungi wang plaintif - Sama ada kawalan sebaik mungkin telah diberikan oleh defendan - Sama ada defendan cuai dalam melaksanakan kewajipannya

TORT: Kecuaian - Bailmen - Kontrak perkhidmatan sekuriti - Tanggungjawab defendan ke atas wang plaintif - Rompakan wang plaintif semasa dalam kawalan defendan - Sama ada defendan merupakan baili kepada plaintif - Sama ada defendan gagal dan cuai dalam melindungi wang plaintif - Kegagalan defendan untuk mengambil langkah-langkah berpatutan untuk melindungi wang plaintif - Sama ada dibuktikan - Sama ada kawalan sebaik mungkin telah diberikan oleh defendan - Port Swettenham Authority v. TW Wu and Co (M) Sdn Bhd - Akta Kontrak 1950, ss. 101, 102 & 104


ACHI JAYA PLANTATIONS SDN BHD lwn. TUAH GUARD (M) SDN BHD
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
LAU BEE LAN H
[GUAMAN SIVIL NO: S-22-242-2010]
26 OKTOBER 2013

Plaintif telah menuntut wang sebanyak RM1,068,837.44 daripada defendan atas dakwaan bahawa defendan telah cuai atau memungkiri kontrak yang telah dimasuki di antara mereka. Plaintif dan defendan telah memasuki satu perjanjian (`perjanjian tersebut') untuk perkhidmatan sekuriti oleh defendan. Pada 7 Julai 2008, defendan telah dijadualkan untuk memberi perkhidmatan sekuriti "Cash in Transit" (`CIT') di mana sejumlah wang plaintif bernilai RM1,171,000 perlu dipindahkan dari Maybank Berhad cawangan Labis ke cawangan plaintif di Johor. Semasa transaksi memindahkan wang plaintif daripada bank ke van perisai defendan, satu kejadian rompakan bersenjata telah berlaku di mana plaintif telah kehilangan wang sejumlah RM1,068,837.44 dari keseluruhan RM1,171,000 tersebut. Berdasarkan fakta kes, defendan telah memberi kuasa kepada pekerjanya, SD2, yang bertugas sebagai pengawal bersenjata api bagi urusan CIT serta ketua pasukan ketika itu untuk menunaikan cek-cek yang dikeluarkan oleh plaintif atas nama defendan (`cek-cek tersebut'). Pada masa kejadian, SD2 bertugas bersama SD3 (pembantu CIT) dan SD4 (pemandu van perisai). Menurut keterangan SD2, sewaktu mengambil beg kedua berisi wang, beliau dipanggil oleh penolong pengurus Maybank Labis untuk berbincang mengenai pengambilan wang dari Maybank Batu Pahat ke Maybank Labis. SD3 pula bertugas untuk memunggah beg berisi wang ke van perisai manakala SD4 akan membuka pintu sisi untuk memasukkan beg tersebut ke dalam ruang simpanan dalam. Kejadian rompakan berlaku apabila beg kedua dihantar ke van perisai dan sebelum SD4 dapat memasukkan beg tersebut ke ruangan simpanan dalam. Ketika itu, SD4 tidak sempat untuk menutup pintu sisi. Antara persoalan yang dibangkitkan untuk pertimbangan adalah (i) sama ada wang RM1,171,000 atau RM1,068,837.44 milik plaintif berada dalam jagaan defendan; (ii) sama ada defendan bertanggungjawab kepada plaintif bagi kehilangan wang tersebut di bawah suatu kontrak bailmen; (iii) sama ada prinsip res ipsa loquitur terpakai; dan (iv) sama ada kl. 4.2 perjanjian tersebut terpakai.

Diputuskan (membenarkan tuntutan plaintif):

(1) Wang berjumlah RM1,068,837.44 milik plaintif telah diserahkan kepada defendan. SP1 menyatakan bahawa tandatangan SD2 di belakang cek-cek tersebut mengesahkan bahawa defendan mengakui penerimaan wang atas nama defendan dan cek-cek tersebut telah ditunaikan. (perenggan 8, 9, 10 & 11)

(2) Defendan merupakan baili kepada plaintif berpandukan ss. 101, 102 dan 104 Akta Kontrak 1950. Ini adalah kerana wang plaintif telah diberi kepada defendan dan oleh itu, berada di bawah jagaan defendan sehingga ia dihantar ke destinasi yang ditetapkan. Defendan telah gagal dan cuai dalam memastikan keselamatan wang tersebut apabila (i) SD4 keluar dari van dan merupakan pengawal yang bersenjata pada hari itu; (ii) SD2 telah melakukan tugas lain yang tidak berkaitan, iaitu berbincang mengenai pengambilan wang dari Maybank Batu Pahat ke Maybank Labis dengan penolong pengurus Maybank Labis; dan (iii) SD2 telah meminta pengawal bank untuk mengiringi SD3 ketika beg kedua dibawa keluar dari bank ke van (Port Swettenham Authority v. TW Wu and Co (M) Sdn Bhd; diikuti). (perenggan 19, 20, 23 & 24)

(3) Atas imbangan kebarangkalian, plaintif telah berjaya membuktikan bahawa wang plaintif telah diserahkan kepada defendan dan defendan telah gagal mengambil langkah-langkah yang perlu, munasabah dan berpatutan untuk melindungi wang plaintif. Defendan juga gagal menghantar wang tersebut ke destinasi yang dijanjikan. Oleh itu, defendan bertanggungjawab menunjukkan bahawa kehilangan wang tersebut bukanlah atas kecuaian defendan. (perenggan 27)

(4) Prinsip res ipsa loquitur terpakai dalam kes ini kerana suatu kes prima facie telah dibuktikan oleh plaintif. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab defendan untuk membuktikan sebaliknya bahawa pihak defendan tidak cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap plaintif. Walau bagaimanapun, defendan telah gagal berbuat demikian. (perenggan 28 & 29)

(5) Berdasarkan Arahan Tetap Pengendalian CIT, pemandu mestilah sentiasa berada di dalam van dan bersiap sedia di lokasi pemandu. Walau bagaimanapun, SD4 telah keluar dari kenderaan tersebut. Jika beliau sentiasa bersedia untuk memandu van, maka beliau boleh melarikan kenderaan tersebut semasa rompakan mula berlaku. Atas kegagalan dan kecuaian ini, perompak telah melakukan rompakan tersebut. Dengan itu, kawalan yang sebaik mungkin tidak diberikan oleh defendan. (perenggan 33 & 34)

(6) Peti simpanan di dalam van yang sepatutnya ditutup semasa pintu sisi van masih terbuka memudahkan perompak-perompak untuk merompak wang tersebut. Tambahan, kl. 4.2 Perjanjian tersebut tidak terpakai kerana rompakan itu bukanlah suatu keadaan yang tidak dapat dikawal oleh defendan. Oleh itu, defendan didapati cuai dalam melaksanakan kewajipannya dan menurut kl. 4.1 perjanjian tersebut, defendan harus "indemnify" plaintif. Berdasarkan peruntukan klausa dalam perjanjian tersebut, had liabiliti defendan terhadap plaintif adalah RM1,000,000. (perenggan 40, 42, 42 & 45)

Kes-kes yang dirujuk:

David Chelliah v. Monorail Malaysia Technology Sdn Bhd & Ors [2009] 3 CLJ 771 HC (dirujuk)

Jaya Jusco Stores Sdn Bhd v. Sime Darby Security Services Sdn Bhd & Ors [1999] 1 LNS 175 HC (dirujuk)

Port Swettenham Authority v. TW Wu and Co (M) Sdn Bhd [1975] 1 LNS 124 FC (diikuti)

Teoh Guat Looi v. Ng Hong Guan [1998] 4 CLJ 416 CA (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:

Contracts Act 1950, ss. 101, 102, 104

Criminal Procedure Code, s. 112

Kaunsel:

Bagi pihak plaintif - Tony CH Chong; T/n Sidek Teoh Wong & Dennis

Bagi pihak defendan - S Chrishanthini; T/n Murali B Pillai & Assocs

Dilaporkan oleh Kumitha Abd Majid